/>

Saturday, December 25, 2010

Maya Karin & 2010

1. Gosip & Spekulasi

Kemesraan bersama Remy Ishak disenangi peminat
MAYA KARINREMY ISHAK

“Tapi bab cinta atau jodoh dengan Maya atau sekalipun dengan mana-mana wanita lain, bukan kuasa Remy untuk menentukan. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti bertemu jodoh dengan Maya, Remy terima ketentuan-Nya. Yang jelas, keserasian yang terjalin antara pelakon menjadi nilai tambah atau tarikan untuk penggiat seni ‘mengambil kesempatan’ memberi tawaran berlakon,”
-REMY


“Bukan saja luaran, peribadi (dalaman) dia juga sangat baik. Apa yang boleh saya katakan lagi, dia mempunyai sedikit sifat keanak-anakan. Bukan di tahap gedik atau menggelitis tetapi boleh dianggap manis. Ia tak dibuat-buat. Susah sebenarnya Remy nak terangkan. Ia terjadi secara spontan malah tidak disedari langsung empunya badan,”
-REMY




Persahabatan Bersama Yusry kembali bertaut


"Mungkin kerana terlalu ramai orang yang menyayangi Yusry dan ingin melihat dia gembira serta bahagia sehingga saya sebagai salah seorang sahabat yang rapat turut diheret dalam hal ini,"
-MAYA


Diusik adakah dia memeluk atau memegang Yusry setiap kali muncul adegan cemas dalam filem itu, sambil ketawa Maya berkata dia banyak menutup mata.
“Saya tutup mata saya saja. Yusry pula macam tak takut pun,”
-MAYA


“Kami pergi menonton wayang bukan sesuatu yang gempak pun. Orang lain pun buat,”
-MAYA

“Persahabatan kami ikhlas. Kami tak perlu sembunyikan hubungan ini dengan meminta pembantu peribadi (PA) kami membeli tiket wayang dan kami masuk ikut jalan belakang. Kami pun kena hidup macam orang biasa juga,”
kata Maya yang tidak kisah jika ada yang melihat mereka keluar bersama-sama.

"Sebagai rakan, saya rasa tidak ada salahnya keluar bersama. Seperti yang Maya katakan, saya adalah antara kawan rapatnya dan kami hanya keluar bersama akhir-akhir ini setelah masing-masing solo"

-YUSRY
"Saya tak tahu beza antara kawan rapat ataupun kawan biasa kerana bagi saya semuanya kawan. Dan saya percaya dia (Maya) bukan hanya keluar dengan saya, begitu juga saya yang ada ketika keluar dengan kawan-kawan perempuan lain.

"Mungkin kerana kami public figure dan apabila peminat melihat kami keluar berduaan mereka menganggap kami ada hubungan istimewa,"

kata Yusry yang pada awalnya enggan mengulas kerana bimbang dikatakan memberi jawapan klise.



Tambah Maya, selain Yusry dia mempunyai kawan lelaki yang rapat misalnya Bront Palarae dan Remy Ishak. Namun, persahabatannya dengan Yusry terlalu digembar-gemburkan.
“Kalau ada jodoh dengannya, saya tidak menolak. Saya akui Yusry mempunyai kriteria lelaki idaman yang dicari. Saya suka dia dan cukup selesa berkawan dengannya tapi untuk berkahwin, saya rasa bukan dalam masa terdekat.”

"Terus terang, saya mahupun Yusry tidak pernah membincangkan hal ini atau terfikir mengenai hal ini sebagaimana kalian (media) fikirkan"
-MAYA



2.Natrah





"Maya menari sgt cantik dan kemas"


3.Penceraian


Perceraian Maya dengan Setevn secara tidak langsung telah menamatkan spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga mereka yang hanya bertahan kurang sebulan daripada ulang tahun ketiga perkahawinan mereka.



Kami sudah buat perjanjian untuk tidak beri sebarang kenyataan. Saya tidak boleh cakap apa-apa.

Rasanya perkara ini lebih selamat dan elok jika saya tidak kata apa-apa kerana saya takut salah cakap atau orang akan salah faham dengan bahasa Melayu saya nanti,”

katanya.



Steven yang sebelum ini memberitahu bahawa dia sedih dengan perceraian tersebut bagaimanapun kelihatan ceria dan gembira sewaktu memandang ke arah kamera tatkala berjalan menuju ke keretanya.

"Saya tidak akan menarik, kalau saya tidak senyum,"
katanya guru matematik di Sekolah Antarabangsa Alice Smith ini secara berseloroh.

"Ini adalah hari yang cukup menyedihkan buat saya tetapi pada waktu yang sama, saya berasa lega. Saya tidak boleh ulas apa-apa lagi,"
katanya yang nampak tampan mengenakan kot bersama kaca mata hitam.

“Apa saja yang menyentuh mengenai perceraian saya, saya tidak akan cerita. Saya dah letak satu prinsip iaitu selamanya saya tak akan buka cerita ini. Saya akan simpan sampai bila-bila,”kata Maya nekad dengan pendiriannya.



3. Pencalonan Anugerah Pelakon Filem Terbaik

Festival Filem Malaysia ke-23 -
Pelakon Wanita Terbaik
1. Jasmine Micheal – Estet
2. Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan [PEMENANG]
3. Maya Karin – Pisau Cukur
4. Mislina Mustaffa – Karaoke
5. Putri Mardiana – Santau

Anugerah Skrin 2010 -
Pelakon Wanita Terbaik Filem
  • Sharifah Amani (Muallaf) [PEMENANG]
  • Liyana Jasmay (Papadom)
  • Maya Karin (Pisau Cukur)
  • Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
  • Daphne Iking (Belukar)


4. Percutian ke Vietnam & China
"Dah dua tahun lebih saya tak bercuti, akhirnya dapat juga saya melarikan diri dari kerja dan segalanya. Ini merupakan percutian pertama saya selepas bersendirian dan amat bermakna kerana ia disertai oleh adik lelaki dan ibu saya. Maklumlah bukan senang kami nak bersama memandangkan adik saya bekerja di Mexico,"






5.
Duta Vono & Innershine



"Pati Inner Shine ini cukup membantu dan saya dapat rasa kebaikannya ketika saya menjayakan pementasan Natrah yang penat macam nak mati itu. Selain memberikan tenaga, pati ini membantu saya tampak 'segar' di pentas walaupun sebenarnya sedang keletihan,"
-MAYA

6. 'Check-in' & 'Check-out' from NONA TV3

Maya mula mengacara Nona untuk setahun dan tempatnya diganti oleh Vanida Imran untuk tahun hadapan. Katanya kerana Maya rating Nona jatuh. Tapi kata audiance, rating jatuh kerana program Nona sudah tidak relevan dan hanya untuk orang kaya-kaya. Iye ke?
"Kadang-kadang saya rasa penat sangat untuk menjalani penggambaran Nona. Jauh di sudut hati, memang terasa sedih juga meningalkan program yang cukup saya minati itu, tetapi ada baiknya keputusan ini kerana saya bimbang hilang tumpuan dan jika tidak mampu memberikan yang terbaik,"
-MAYA



7. Maya Loves Nature

MAYA KARIN LOVES NATURE 2010

Sponsor by :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA – NESCAFE – UM CARES – ALAM FLORA – VONO -
THEPHOTOGRAPHERS KUALA LUMPUR – BINTANG KECIL – MILO – SIRIM

Location: Stadium Bukit Jalil






[in update]

0 shout!: