PETALING JAYA - Sifat tidak memandang material dan kemewahan hidup dalam persahabatan mendorong pelakon jelita, Maya Karin untuk menerima lamaran Steven David Shorthose, 38, sebagai teman hidupnya.
Malah pelakon berkenaan menyifatkan bakal suaminya itu seorang lelaki yang kelakar, santai, sabar dan mudah berkompromi dalam segala hal.
“Saya suka kepada lelaki yang jujur dalam persahabatan dan tidak menjadikan material sebagai ukuran.
“Dia juga sangat pandai mengambil hati sehinggakan saya sangat selesa di sampingnya,” luah Maya pada sidang akhbar mengumumkan perkahwinannya di sini semalam.
Maya yang cukup ceria memberitahu, perkenalannya dengan anak kelahiran Britain itu sudah bermula semasa jejaka berkenaan mengajar adiknya di Garden International School dekat sini kira-kira tujuh tahun lalu.
Steven atau nama Islamnya Muhammad Ali, telah melamar pelakon berkenaan sejak dua tahun lalu, tetapi hanya dipersetujui Maya kira-kira enam bulan lalu.
Pasangan ini akan bernikah pada 14 Ogos ini di Bellagio, Itali.
Satu majlis ringkas akan diadakan di sebuah taman sekitar ibu kota pada 29 Ogos untuk rakan artis dan pihak media.
Mengenai wang hantaran, menurut pelakon berkenaan tiada sebarang jumlah yang ditetapkan sebaliknya mereka hanya akan bertukar mas kahwin di depan jurunikah warganegara Itali, Imam Abdullah dalam satu majlis sederhana.
Kosmo

/>
Tag Heuer

0 shout!:
Post a Comment