BIASANYA jika majlis perkahwinan membabitkan artis popular, ia menjadi perhatian peminat dengan wang hantaran unik mengikut nombor tertentu serta balas membalas barang hantaran antara pengantin lelaki dan perempuan. Tapi ber beza dengan hari bersejarah pelakon, penyanyi dan pengacara Maya Karin Roelcke, 28.
Gadis kacukan Melayu dan Jerman yang pernah menang Aktres Terbaik Asia menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam, mahu majlis ringkas dan tidak memeningkan kepala untuk hari bersejarahnya dengan Muhammad Ali @ Steven David Shorthose, 38, pada 14 dan 29 Ogos ini.
Apatah lagi bertemu jodoh dengan saudara baru berasal dari Liverpool, England, tentunya mahu menampilkan majlis perkahwinan mengikut adat istiadat Melayu yang kaya yang dikenali dengan keunikannya.
Katanya, dia mahu majlis pernikahannya dengan guru Matematik itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. Bagi Maya, perkahwinan adalah sesuatu yang sangat peribadi dan istimewa untuk dia dan bakal suami.
“Majlis perkahwinan serba ringkas yang dirancang itu sudah tentu dipersetujui kedua-dua pihak kerana yang ingin mem bina hidup bersama adalah saya dan Muhammad Ali.
“Keluarga saya sendiri memang dari dulu tidak gemar terlalu menonjol. Mereka juga tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan majlis perkahwinan atau persandingan yang besar.
“Paling penting perkara wajib. Untuk majlis pernikahan itu nanti, tiada wang hantaran sebaliknya hanya mas kahwin diberikan bakal suami.
“Begitu juga dengan hari persandingan, cukup ringkas. Tetamu datang, makan dan kemudian balik.
“Kami juga ingin melaksanakan majlis mengikut cara yang boleh membuatkan kami rasa gembira,” katanya ketika pengumuman tergempar mengenai hari pernikahan dan persandingannya ketika pelancaran laman webnya, Jumaat lalu.
Majlis pernikahan Maya dengan Muhammad Ali diadakan di Bellagio, Itali pada 14 Ogos. Mereka bakal dinikahkan imam Abdullah di kediaman kenalan bakal suaminya di sana.
Sehari sebelum itu, bekas pengacara Channel V itu dan bakal suami melakukan perkahwinan secara sivil (mengikut per undangan negara kelahiran Muhammad Ali) di Serenity Town Hall di sana. Sementara majlis persandingan khas untuk kenalan di sini bakal berlangsung pada 29 Ogos.
Tambah Maya, dia tidak boleh menerima majlis per kahwinan yang terlalu kecoh dengan pelbagai perkara. Ba ginya, perkara itu akan membuatkannya berasa cuak dan gusar.
“Sebab lain, memandangkan Muhammad Ali mempunyai keluarga yang kecil ditambah pula keadaan kesihatan ibunya tidak berapa baik menyebabkan majlis diadakan tidak terlalu mengikut adat.
“Muhammad Ali tiada siapa-siapa di sini. Kalau majlis diadakan di sini pun hanya tiga orang kakaknya saja yang dapat hadir.
“Bayangkan kalau kita lakukan majlis mengikut adat dengan hantaran dan sebagainya, siapa akan membantu membawa segala dulang dan menyediakan perkakasan diperlukan. Keluarga saya juga kecil dan tidak ramai untuk membantu,” katanya.
Apapun, bintang filem Duyung ini bakal tampil hebat dengan menggayakan pakaian pengantin rekaan Saiful Ba harim dan Radzwan Radzwill.
Maya mula berkenalan dengan Muhammad Ali di Garden International School, Sri Hartamas tujuh tahun lalu ketika menghantar adiknya, Irina Melati yang belajar di situ. Mohammad Ali pula menjadi guru matematik di sekolah swasta terkemuka itu.
Pada awal perkenalan, mereka mesra sebagai kawan se hinggalah dua tahun lalu apabila hubungan itu bertukar cinta dan mereka mula serius memikirkan soal berumahtangga. Mohammad Ali kini mengajar di Alice Smith International School, Jalan Bellamy.
Membina hidup dengan warga asing dan berbeza budaya sudah tentu cabarannya besar. Tambahan pula untuk mem beri bimbingan kepada saudara baru banyak dugaannya.
Kata Maya, Muhammad Ali mengenali Islam empat tahun lalu dan dua tahun kemudian barulah mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh itu katanya, dia banyak belajar.
“Sebaik memeluk Islam, dia sendiri memilih nama Mu hammad Ali. Pertama kali dia memberitahu cadangan nama barunya itu, saya berasa hairan. Namun selepas dijelaskan sebabnya, saya mengagumi tujuannya itu. Baginya, jaguh tinju itu antara tokoh yang dikagumi ramai dan dia beragama Islam.
“Mengenai hidup bersama, saya sebenarnya tidak terfikir sejauh itu. Maksud saya, biarlah kita menjalani kehidupan hari ini untuk hari ini.
“Hidup adalah satu proses pembelajaran dan apabila bersama nanti, kami akan melaksanakan tanggungjawab ma sing-masing sebaik mungkin.
“Lebih penting, kita akan menjaga antara satu sama lain dan menikmati hidup dengan penuh kegembiraan,” katanya.
Mengenai kerjaya, Maya mula dikenali di layar perak menerusi Seri Dewi Malam dan No Problem, menjelaskan dia akan meneruskan karier seperti biasa selepas berkahwin. Malah Muhammad Ali sendiri tidak pernah menghalang.
“Minggu hadapan saya bakal sibuk di lokasi penggambaran filem Pisau Cukur. Sebaik selesai penggambaran, saya terus terbang ke Itali.
Selepas selesai majlis pernikahan, saya akan terus kembali ke lokasi filem arahan Osman Ali. Waktu sama saya juga sibuk menyiapkan album terbaru terbitan Audi Mok.
“Memang kalau hendak diikutkan, saya berasa seperti tidak cukup masa tetapi InsyaAllah saya boleh menghadapinya dan segala urusan sedang disusun sebaik mungkin agar tidak bercanggah,” katanya.
Mengenai lama web yang dilancarkan itu, selepas lapan tahun aktif dalam dunia seni baru sekarang Maya Karin mempunyai laman web sendiri. Semuanya ini disebabkan jadualnya yang begitu padat hingga Maya tidak dapat me nyediakan laman web khas.
“Dengan adanya laman web ini, peminat boleh mengikuti segala perkembangan kerjaya seni saya. Selain itu mereka juga boleh melihat gambar terbaru, iklan yang pernah saya jayakan serta anugerah yang pernah dimenangi.
“Ibaratnya laman web ini boleh dijadikan tempat rujukan mengenai Maya Karin. Kepada yang mahu melihatnya boleh layari www.mayakarin.com,” katanya.
Harian Metro

/>
Tag Heuer

0 shout!:
Post a Comment