
KOSMO3Mac2008
Walau bagaimanapun, Maya sebagai duyung patut diberikan kredit kerana berjaya mempotretkan keajaiban makhluk mitos itu menjadi realiti yang tidak cacat.
Kostum bersisik berharga RM250,000 itu melekat penuh pesona pada badan Maya tanpa cela.
Maya sememangnya telah melalui saat paling menyeksakan memandangkan dia tidak bergerak seperti manusia biasa sepanjang di lokasi.
"Ketika tiada babak, orang lain boleh berjalan dan bercakap-cakap sambil menghirup udara nyaman, tetapi saya pula terpaksa duduk, baca buku dan makan sendirian kerana tidak boleh bergerak," ujar Maya.
Pernah melalui situasi genting, hampir lemas dan bertarung dengan ajal kerana tersangkut di bawah jaring ketika satu babak di dasar laut, seumpama petaka tidak akan dilupakan oleh Maya selama-lamanya.
Itu semua 'makanan' Maya sepanjang di lokasi dengan harapan Puteri akan memberikan impak yang mencetuskan impak dan menenggelamkan imej puntianak yang selama ini sebati dengan dirinya.
Sebaliknya, banyak suara-suara sumbang berbisik menyatakan, Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2004 ini sebenarnya mampu menjadi duyung yang lebih daripada yang telah dipersembahkan ke layar lebar berdurasi 105 minit ini.
UTUSAN 29Feb08
JIKA ditanya pendapat penulis mengenai filem arahan Prof Razak Mohaideen ini, penulis akui memang ia sebuah filem yang menghiburkan. Cuma, sayang sekali 'pesona' si duyung jelita lakonan Maya Karin ini tidak 'dieksploitasikan' sebaik mungkin.
Sejak awal lagi, penulis adalah salah seorang yang meletakkan harapan cukup tinggi untuk filem Duyung ini. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu peranan duyung itu akan dipegang oleh Maya, penulis memang teruja untuk melihat hasilnya...sama ada Maya mampu menjadi seperti duyung 'sebenar' atau pun tidak.
Ternyata, percaturan memilih aktres berusia 29 tahun itu sebagai duyung memang menjadi. Selain bersandarkan kepada rupa paras jelita seperti yang sering digambarkan mengenai spesis duyung, kostum duyung yang diimport khas dari Bangkok, Maya juga berjaya menunjukkan cara renangan yang cantik sekaligus 'menghidupkan' karektor duyung itu.
Memang itulah kekuatan filem terbitan KRU Films dengan kerjasama Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd ini.
Duyung jelita...Maya berjaya 'hidupkan' watak duyung dengan baik
Meskipun diakui oleh Maya sendiri bahawa dia berdepan dengan cabaran fizikal yang hebat ketika penggambaran itu dijalankan sekitar pertengahan tahun lepas, tetapi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2004 berjaya membawa watak duyung bernama Puteri itu dengan baik.
Cuma agak kecewa menyaksikan watak duyung itu tidak dikembangkan dengan baik...mungkin kerana penulis mengharapkan 'sesuatu' pada watak tersebut di penghujung cerita, tetapi ianya tidak seperti yang diharapkan penulis.

/>
Tag Heuer

0 shout!:
Post a Comment