Berganding bersama pelawak terkenal Saipul Apek, watak kali ini sangat berbeza kerana dia terpaksa mendukung watak fantasi, ikan duyung. Ternyata kelainan ini membuktikan gadis yang pernah menimbulkan soksek ramai penghujung tahun lalu kerana tampil bertudung ketika ke Kelantan sempena majlis dialog Sinema Majid Majidi anjuran Kerajaan Pas Kelantan di Kota
Bharu, Kelantan, mampu memegang watak pelbagai. Bayangkan, susuk tubuhnya yang cantik pasti menggamit ramai ke pawagam kerana ingin melihat sendiri penampilannya dalam filem yang bakal menemui penonton awal Mac nanti.

Maya yang ditemui ketika Pelancaran Album Runut Bunyi, Novel dan Laman Web Rasmi filem itu serta pengumuman Siri Jelajah Negara Duyung di Golden Screen Cinema, The Garden, Mid Valley City petang tadi mengakui melalui pelbagai rintangan untuk memastikan lakonannya berjaya. Filem arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen ini juga mengkehendaki Maya memakai kostum ikan duyung sepanjang penggambaran berlangsung.
"Saya rasa seperti hendak buka sahaja baju itu setiap kali memakainya. Apa tidak, hendak pakai baju itu sahaja sudah mengambil masa empat jam, dan saya terpaksa mengenakannya selama lapan hingga sepuluh jam setiap hari. Setiap hari, saya terpaksa bangun seawal jam empat pagi untuk ke pulau tempat penggambaran dijalankan. Kemudian, penggambaran berlangsung sehinggalah matahari terbenam. Mujurlah saya hanya diperlukan berlakon selama 12 hari sahaja," kata Maya. Dia juga bercerita betapa seksanya menanggalkan kostum itu kerana ada kepingan sisik yang terpaksa dilekatkan pada kulitnya. Gam yang kuat itu kadangkala menyebabkan rasa sakit ketika proses menanggalkannya.
"Perihal kostum ini sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi saya berlakon. Namun, saya ketepikan rasa itu demi menimbulkan emosi terbaik dalam lakonan saya. Apa tidaknya, filem ini memang untuk tontonan kanak-kanak, dan saya perlu bijak menunjukkan emosi terbaik. Sebab itu pastikan saya betul-betul bersedia, cukup rehat dan tidak mahu diganggu," ujar Maya yang juga duta produk Tag Heuer, L'Oreal dan Celcom ini.
Walaupun begitu, Maya tidak menafikan apabila kegusarannya dicop pelakon seksi apabila berpakaian ikan duyung seperti itu. Katanya, dia sudah melakukan yang paling sopan, asalkan tidak lari daripada konsep duyung. Dia mengambil jalan selamat dengan tidak mendedahkan bahagiannya yang lain, kecuali kelihatan seolah-olah berkemban sahaja.
"Saya sedar yang saya pasti tampil agak seksi, tetapi kena ingat juga, setiap kali kita dengar perkataan duyung, sudah tergambar imej seksi yang memang sinonim dengan makhluk fantasi itu. Ada cadangan untuk saya tampil dengan mendedahkan bahagian perut seperti duyung di Barat, namun saya enggan dan saya lebih selesa seperti yang dapat kita lihat dalam filem itu nanti. Kalau saya tutup semua, sudah tidak jadi duyung pula 'kan," cerita Maya.
source > www.jomstar.com

/>


Tag Heuer

0 shout!:
Post a Comment