Kegembiraan meraih rezeki dari Pukat di suatu pagi tiba-tiba berubah menjadi saat penuh misteri, apabila Azri terjatuh ke dalam laut dan terperosok ke dalam pukatnya. Ketika Azri berusaha untuk meloloskan diri dari pukatnya, datang seekor duyung untuk menyelamatkannya. Azri berjaya berenang ke permukaan laut. Kerana terhutang nyawa, Azri telah membungkus ekor ikan duyung tersebut dengan tualanya dan ingin membawa pulang ke rumahnya. Ketika hendak membawa duyung tersebut dari botnya, tuala tersebut telah lucut dan orang-orang yang berada di jeti terkejut. Azri melarikan diri kerana ingin menyelamatkan duyung, semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, orang-orang kampung berduyun-duyun mengekorinya. Dalam masa yang sama tuan punya bot (Teoh) yang digunakan oleh Azri dan tiga rakannya, cuba meraih keuntungan dari peristiwa penangkapan duyung tersebut. Azri enggan memenuhi ugutan Teoh, Teoh berang dan mengugut untuk merampas ikan duyung tersebut. Dalam keadaan penuh tertekan, Azri menyuarakan hasratnya kepada Duyung untuk mengembalikannya ke laut. Tanpa diduga Duyung telah terpaut hati dengan Azri dan tidak rela berpisah dengan Azri.
dear visitors - this is not Maya Karin official site. this is fan made. Check out Maya's web site = mayakarin.com
The Official Maya Karin Facebook =
CLICK HERE
ada informasi tentang maya karin? gambar terbaru?
email kan ke mellon_pimple@yahoo.com
Fans!
Maya said,
"Saya mencuba sejauh mungkin tidak menjadi hipokrit. Memang saya bukan jenis berpeleseran, jadi orang tak nampak saya di kelab-kelab malam. Memang saya tidak merokok, jadi orang tak akan pernah nampak saya merokok. Senang saja untuk menjaga reputasi diri sendiri bukan?" 2007
“Kenalah realistik. Ingat dan hargai apa yang kita ada, bukannya mengenang nasib kepada apa yang kita tidak ada. Dalam kehidupan, adanya kedudukan kewangan stabil, cinta dan menyintai melengkapkan kehidupan dan sudah cukup memberi bahagia. Tapi kita sering keliru dengan apa yang kita nak dan apa yang kita ada,”2008
“Saya suka relationship. Saya jenis yang sangat komited. Saya sukakan cinta dan saya akan berikan cinta yang bukan sedikit.” 2010
"Saya masih mencari cinta tapi tak mahu mengejarnya. Biarlah dia datang dengan sendiri...Buat masa sekarang masih lagi awal untuk semua itu, biarlah saya tenangkan hati dulu. Tak ada limit masa bila saya mahu bertemu jodoh tapi saya akan pastinya penantian itu tidaklah terlalu lama" 2010
1 shout!:
Saya telah memonton Duyung 25/1/2008. Sinopsis anda jauh berbeza dengan jalan cerita filem yang saya tonton.
Post a Comment