/>

Saturday, December 29, 2007

DUYUNG

[click picture utk besarkan]


Maya Karin jelita dalam kostum duyung+wet look ...GORGEOUS !!


Sebahagian daripada pelakon yang membintangi filem fantasi Duyung.



Saiful dan Maya pegang peranan penting dalam filem ini.


Apek sebagai pencinta alam dan hidupan liar, Jimmy.


Rocker popular pegang watak sebagai jaguh nelayan, Kordi.


Yasmin Hani sebagai Aspalela - gadis yang digilai Jimmy.


Yassin sebagai Orix, manusia daripada spesies apeman-bigfoot!


artikel penuh : source > www.murai.com.my

Friday, December 28, 2007

~meet Maya~

kredit to > geenie [forumerCari] 8 Dec 2007


kredit to > w550i [forumerCari] 20 Dec 2007-OneUtama

cerita w55oi. "oooo... kebetulan dengan member duk tunggu dekat machine bayar parking tu memang baru lepas tengok anak halal nak balikla, then member ternampak dari belakang eh mcm maya karin je tu?? sy pun tolehla belakang memang die ngan sorang mamat chubby sikit mcm chinese dengan die nak pegi bayar parking ticket. lama jugak die duk kat machine tu duk bercakap ngan mamat tu yg macam tak reti nak bayar parking, kitorang berdua lak memang duk sebelah machine tu dengan keadaan yg terkujat... hehe. member lagi sorang ni memang minat giler maya karin, kuar hp die dan tegur maya, can we take pictures? die pun sambil senyum,cakap OK. ape lagi member pakai hp kamera, saya kebetulan bawak kamera dalam handbag kuarkan dan snap 2 picturesla, lepas tu kebetulan cina2 dalam kedai perabot home gallery tu pun kuar nak amik gambar ngan die... tekejut gak wah cina2 ni kenal gak maya karin .. hehehe... anyway she is very friendly. sempat mengadu penatla shopping dah lama sebenarnye kat OU ni dari tadi... hehe sweet je... itujela citernye lebih kurang. member dalam keta tak habis tengok2 kamera tu, mcm org jumpe pontianak..."

Maya antara THE 7 COOLEST MALAYSIANS OF 2007



Maya Karin
Why is she cool? Well, she’s beautiful and talented. This year alone, she starred in three movies – “Waris Jari Hantu”, “1957: Hati Malaya” and “Anak Halal”, where she showed that she was not afraid to make herself look unattractive. Next year, she’ll be appearing in the highly anticipated “Duyung”. Fans hardly need a second nudge to high tail it to the cinemas when it is released … just imagine, the sight of this German-Malay beauty in a mermaid outfit doing underwater scenes. The 28-year-old, who’s still single but no longer available (sorry guys, her heart belongs to some European dude), capped off the year by becoming Tag Hauer’s latest brand ambassador.

7 Coolest Malaysians =
Sheikh Muszaphar,Farah Fauzana,Nicol David,Radhi OAG,Kenny Sia,Audi Mok


source > www.gua.com.my
picture
> http://www.flickr.com/photos/anna-rina/2041274378/

Email Maya Karin .... untuk renungan dan muhasabah

Assalamualaikum saudara-saudariku di sisi ALLAH semua!

Saya Cuma nak memgajak anda untuk kita bersama-sama muhasabah diri akan email ini. Pedulikan dulu dari mana sumbernya dan kepada siapa ia ditujukan. Apakah yang bisa anda ambil sebagai iktibar dan renungan?

Dipetik daripada web http://drmaza.com/?page_id=4

Assalamualaikum, hello.

My name is Maya Karin. I’ve been meaning to write to your for a long time, just to say i’m a big supporter since you first made headlines and i make sure i read your column every sunday. Thank you so much for your article a few weeks ago about nature in islam, my friend Dr Rahimatsa from WWF sms-ed me the day before to tell me it was coming out and needless to say i was very happy.
I hope i have the pleasure of meeting you some day.

Many regards, Maya

Pada saya, ini adalah antara bukti betapa ramai anggota masyarakat kita yang biarpun kelihatan “kurang Islami”, seperti golongan artis, hakikatnya mereka tetap sayang dan cenderung kepada Islam, apatah lagi Islam itu sememangnya fitrah manusia. Maka, pertanyakanlah diri kita, adakah salah mereka semata-mata andainya mereka membuka aurat, bermaksiat dan sebagainya, atau ada salah kita hingga mereka tidak tertarik untuk mengamalkan Islam sepenuhnya? Kita yang tidak atau kurang mendakwahi mereka, atau kita yang menunjukkan sikap buruk seperti suka berdebat, bermusuh dan sebagainya sehingga mereka merasa jelek lalu menjauhkan diri dari “golongan agama”, dan lain-lain sisi kekurangan kita.

Mari kita berusaha untuk lebih tawadhu’ dengan muhasabah diri kita, berbanding menyalah-nyalahkan orang lain. Moga ALLAH mudahkan usaha kita, menjadi ibadur Rahman yang sebenarnya (surah 25:63).

Thank you.

“The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever” -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)

Best Regards,

Faridul Farhan Abd Wahab


email ini ditujukan kepada mufti perlis,Dr.Mohd Asri..bukan untuk dibangga-bangga...
sekadar mengubah perspektif dan berbaik sangkalah sesama manusia...setiap orang tidak terlepas dari dosa...dan berhak meraih pahala..

Thursday, December 27, 2007

Maya Karin in the house..!


source > www.tv3.com.my

Maya Karin .VS. Fasha Sandha

puncanya?

SUDAH biasa kita dengar artis sesama artis berkecil hati, tersenget hati dan tersinggung perasaan. Terbaru, dibisikkan pada Kak Tim kisah dua pelakon diva yang `berperang’ dalam diam. Hubungan mereka ni kalau depan khalayak memang nampak biasa. Macam tak ada sebarang masalah.

Tapi sebenarnya jauh di lubuk hati masing-masing menyimpan secebis hasrat. Yang satu merasakan popularitinya tercabar dan yang satu lagipula terlebih aktif menonjolkan diri dalam mencari publisiti.

Kebetulan kedua-dua pelakon ni memang tengah hangat di pasaran.Mereka memang menjadi rebutan produser dan pengarah filem hari ini Maklum bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi berbakat pula membawaka
n apa pun watak. Baru-baru ini, kedua-dua pelakon itu digandingkan dalam satu projek filem[anak halal]. Seorang terpilih sebagai heroin[maya karin] dan yang pandai mencari publisiti itu diberi peranan sebagai pembantu heroin[fasha sandha].
Maka diceritakan pada Kak Tim kisahnya, pada satu majlis promosi filem itu, kedua-dua pelakon ini turut serta. Pada satu kejadian ketika wartawan dan jurugambar sedang asyik menemubual heroin filem itu, sipelakon pembantunya tiba-tiba tampil menyertai temu-bual itu.
Tentu sekali perbualan pada ketika itu akhirnya tertumpu kepada sipelakon pembantu kerana dia lebih bijak memberikan cerita menarik kepada para wartawan.

“Tahu apa jadi sudahnya?” tanya teman yang menyaksikan kejadian itu.

“Heroin filem itu perlahan-lahan melangkah meninggalkan tempat itu. Saya mengekorinya dan sempat melihat sinis senyumnya. Kemudian dia lontarkan pada saya soalan menyindir, `Siapa heroin filem ni sebenarnya?’

“Saya tahu hati dia terluka dengan perbuatan pelakon pembantunya.Tapi saya kagum melihat cara heroin filem ni menangani situasi yang melukakan hatinya itu,” kata teman.

Sebenarnya Kak Tim pun pernah menyaksikan cara si pelakon yang agresif itu mencari publisiti pada satu majlis di festiva
l filem. Ketika itu hadir seorang pelakon dengan berkerusi roda kerana uzur. Pada mulanya tidak seorang pun rakan artis menghampiri. Tapi saat pelakon itu dikerumuni wartawan dengan kerdipan cahaya kamera para jurufoto, si pelakon yang pandai menampilkan diri mencari publisiti ini tiba-tiba muncul bersalaman dengan pelakon yang sedang rancak ditemubual oleh para wartawan itu.

Kak Tim tak berani nak katakan apakah pelakon popular itu memang sengaja melakukan itu semua untuk mendapatkan publisiti, seperti yangdikatakan ramai teman Kak Tim?

Kalaulah ada niatnya begitu, pelakon ni harus tukar taktik. Banyak cara lain mendapatkan publisiti. Tak perlu mengganggu rakan artis lain. Memanglah publisiti itu perlu bagi orang seni. Tapi jangan sampaimelampaui batas untuk mencari publisiti.

KAK TIM: Rimas dengan pelakon yang mencari publisiti murahan.


source > www.utusan.com.my

dari maya -

Dalam meniti usia sedekad menjadi anak seni, dirinya juga tidak pernah terlepas dari kontroversi dan kritikan yang menjadikannya lebih kuat mengharungi dunia seni yang penuh cabaran ini.

Terbaru yang didengari, khabarnya, Maya Karin dan seorang lagi pelakon wanita yang membintangi filem Anak Halal, Fasha Sandha dikatakan tidak sebulu selepas berlakunya satu insiden tidak berapa lama dulu.

“Mana anda dengar cerita ini? Saya rasa saya tiada ada masalah dengan Fasha Sandha. Semua cerita itu tidak betul. Tiada. Malah, saya juga bersedia untuk mengikuti promosi filem Anak Halal dengan semua pelakon. Jadi, isu itu tidak timbul,” katanya tegas.


and the end...

SEKALIPUNZubir masih bercuti rehat lebih dua minggu lalu, perkembangan duniahiburan tetap menjadi santapan setiap hari apabila ruangan hiburanmenerusi akhbar dan tabloid menjadi perhatian. Selain cerita artispopular menunaikan fardu Haji, perihal Anugerah Skrin ke-9, Zubirtertarik mengenai paparan dua artis jelita yang sedang mengungguli tangga teratas carta popular, Fasha Sandha dan Maya Karin.

Kisahnya mereka didakwa mempunyai konflik dalam perhubungan sebagai rakan artis, kononnya tidak bertegur sapa lagi dan dikatakan perasaan iri hati memuncak, sekali pun kedua-duanya pernah berlakon bersama dalam filem Anak Halal.

Setiap kali ada sesi bertemu media, Maya pasti diajukan soalan sama ada dia mempunyai masalah bersama Fasha dan berkali-kalijuga Maya menerangkan antara dirinya dan Fasha, mereka bekerja secara profesional serta tidak pernah wujud persengketaan yang digembar-gemburkan oleh pihak media selama ini. Namun, media seperti tidak pernah jemu melaga-lagakan dua bintang pujaan ramai ini.
Terbaru, Zubir masih terbaca kisah Maya dan Fasha yang dikatakan terus berdepan konflik sekalipun penafian demi penafian dibuat kedua-duanya, sehingga mereka didakwa terjerumus kelembah hipokrit semata-mata untuk menutup pekung daripada dihidu pihakmedia. Nampaknya, ramai yang suka melihat Maya dan Fasha bergaduh,media pula macam bertepuk tangan!

Baru-baru ini, Maya menemani Zubir ke gimnasium dan kami berpeluang berbual mengenai konflik yang digembar-gembur belum berakhir ini.

“Sebenarnya saya sudah letih bercakap mengenai hal ini.Berkali-kali saya terangkan, antara saya dan Fasha, kami tidak pernah berdepan sebarang masalah. Tapi, nampaknya isu ini terus mendapat perhatian media. Bagi saya, pihak media berhak menulis apa saja komen mereka, saya terima dengan hati terbuka.

“Tapi, saya harap isu ini tidak berpanjangan lagi.Terus-terang saya katakan, saya senang bekerja dengan Fasha. Anak Halal gandingan pertama kami. Selama ini hubungan kami, maksud saya sesama rakan artis berjalan baik. Tidaklah berkawan rapat, tapi apabila bertemu, bekerja, apa yang didakwa itu tidak pernah berlaku. Sekiranya kami digandingkan lagi dalam filem akan datang, pasti saya tidak menolak,” kata Maya.


Sementara itu, kesempatan makan malam bersama Fasha baru-baru ini, Zubir berjaya mendapatkan penjelasannya.

“Saya setuju apa yang Maya cakap, terserahlah kepada pihak media untuk menulis apa saja. Tapi, apa yang boleh saya katakan, apadipaparkan itu tidak benar. Terpulanglah apa saja spekulasi mereka nak tulis. Saya dan Maya bagaikan satu keluarga, kami di bawah bumbung yangsama, L’oreal Malaysia. Saya sendiri tidak pernah menganggap saya bersaing dengan Maya kerana dia senior, manakala saya masih baru.

“Saya sangat menyanjung bakat lakonan Maya. Saya sentiasaberharap dapat bekerja dengan Maya. Apabila Anak Halal menyatukan kami,ia satu pengalaman yang sangat indah. Saya gembira filem itu mendapat sokongan dan pujian. Janganlah menulis perkara yang tak betul mengenai kami. Saya harap tidak ada lagi spekulasi negatif selepas ini,” kataFasha pula.
Pandangan Zubir secara peribadi, apa yang digembar-gemburkan mediamengenai Fasha dan Maya hanya rekaan semata-mata. Janganlah sewenang-wenang mendakwa orang lain hipokrit kerana selagi bergelar manusia, kita tidak terlepas dengan virus hipokrit ini!


source > bintang popular

ha..takder apa2 kan? biasa lah tu..dah nak dekat ABP..semua stok nak naikkan nama jerr....hehe

Maya Karin sudah berpunya...

MELIHAT raut wajah jelita penyanyi, pelakon dan model Maya Karin Roelcke mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka yang sedang bertakhta dihatinya.

Jika sebelum ini beliau pernah menegaskan sedang berkawan dengan seorang lelaki berbangsa Eropah semasa ditemubual hos Mizal Zaini atau AC Mizal dalam program bicarawara "AC Di Sini" yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen berbayar, Astro pada Ogos tahun lalu.

Sambil tersenyum, pelakon yang bakal muncul dengan filem terbarunya Anak Halal disamping pelakon kacak Farid Kamil dan wanita cantik Fasha Sandha sebagai watak utama mengaku dirinya sedang dilamun cinta dengan jejaka dari Eropah.

"Dia orang biasa, bukan orang Melayu tetapi Mat Salleh dari Eropah. Dia agak berumur juga dan kami kenal di sini.

"Saya tak target pun nak kahwin sebab tak percaya pada target. Apabila sampai masanya saya akan kahwin juga.

"Saya belum bersedia untuk berkahwin lagi. Ia mengambil masa juga untuk bersedia. Saya tak tertekan pun pasal kahwin ni," kata Maya yang mengimpikan majlis perkahwinan serba ringkas dan membuatkan semua orang seronok dalam majlis tersebut.

Tidak mahu bercerita lebih lanjut, Maya hanya mampu tersenyum dan tertawa apabila diajukan soalan bertubi-tubi mengenai buah hatinya dalam majlis pelancaran butik jam tangan Tag Heuer seiring dengan perlantikan Maya selaku duta jam tangan tersebut di Pavilion, Kuala Lumpur.


source > www.mstar.com.my

Duta Tag Heuer




Maya Karin duta baru TAG Heuer


KUALA LUMPUR, 30 NOV 2007: Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Maya Karin Roelcke kini melangkah setapak lagi ke hadapan apabila terpilih menjadi duta jenama jam mewah, TAG Heuer.


Pengumuman ini dibuat pada majlis pelancaran butik terbaru TAG Heuer Malaysia di gedung beli-belah eksklusif, Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.


"Ia adalah satu tanggungjawab yang berat buat diri saya. Saya amat berbangga kerana diberi kepercayaan ini. TAG Heuer bukan satu nama calang-calang kerana pernah dikaitkan dengan nama-nama selebriti antarabangsa," kata Maya kepada murai.com.my.


Pengumuman bersejarah itu dibuat oleh President dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TAG Heuer, Jean-Christophe Babin, dengan disaksikan ramai pihakmedia tempatan.


Apa yang jelas, pemilihan pelakon kacukan Melayu-Jerman sebagai duta dan jurucakap baru TAG Heuer menaikkan lagi sahamnya dalam dunia perfileman serta pengiklanan. Sebelum ini Maya juga pernah melariskan iklan produk seperti Pantene, Celcom, L'Oreal.

source > www.murai.com.my


Maya Karin bangga duta Tag Huer


KEJELITAAN dan kebijaksanaan yang dimiliki Maya Karin bersesuaian dengan pemilihannya sebagai duta TAG Heer.
PEMILIHANNYA sebagai duta terbaru jenama jam mewah, TAG Heuer sememangnya cukup tepat. Berbekalkan kejelitaan dan kebijaksanaan yang dimilikinya, rasanya, tiada siapa yang mampu untuk menafikan keputusan itu.

Maya Karin Roelcke atau Maya Karin mengakui dia cukup berbangga apabila dipilih menjadi duta jenama mewah itu apatah lagi kini dirinya sebaris dengan duta jam tersebut, antaranya Brad Pitt, Uma Thurman, Tiger Woods, Shah Rukh Khan, Maria Sharapova, Lewis Hamilton dan Zhang Ziyi.

“Apabila mereka menghubungi saya untuk memberitahu saya terpilih untuk menjadi duta mereka, saya tergamam dan hampir tidak percaya.

“Mana tidaknya, jenama TAG Heuer sudah menjadi idaman saya sejak kecil lagi. Malah, selalu saya mengimpikan seutas jam tangan tersebut terletak di tangan saya.

“Lagipun, saya memang tidak suka memakai jam tangan yang mempunyai muka yang kecil kerana tidak sesuai dengan jiwa saya. Dek kerana itu, saya suka memakai rekaan yang sporty kerana rekaannya yang begitu sesuai dan serasi dengan saya yang lasak dan bersedia menyahut cabaran.

“Apabila sudah bergelar pelakon pun, saya tidak berkesempatan untuk memilikinya. Namun kini, semua mimpi saya menjadi kenyataan dan saya bersyukur dengan rezeki ini. Bukan itu sahaja, saya juga berbangga kerana menjadi artis Melayu pertama menjadi duta TAG Heuer,” jelasnya sewaktu ditemui pada satu temuramah khas di Hotel Westin, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Katanya, pihak TAG Heuer telah menghadiahkannya enam utas jam tangan termasuk dua model terbaru iaitu Formula One Glamour yang turut dipakai oleh pemain tenis wanita terkenal, Maria Sharapova dan Grand Carerra.

Menjadi duta TAG Heuer selama setahun bermula 1 November lalu, sudah pasti bayaran yang diterima si jelita ini juga secantik jenamanya. Dengan tersenyum manja, Maya memberitahu: “Biarlah ia menjadi rahsia saya.”

Pemilihan Maya Karin itu juga menjadikannya sebagai artis Malaysia ketiga selepas Alex Yoong dan Asha Gill dipilih menjadi duta jenama itu.

Bercerita tentang rancangannya bersama TAG Heuer, wanita berusia 28 tahun ini memberitahu, jika segalanya berjalan dengan lancar, berkemungkinan besar dia akan ke Perancis tahun hadapan menghadiri satu acara yang melibatkan sukan perlumbaan motor.

source > www.utusan.com.my


~ Maya Karin ~




Profil


Nama Penuh: Maya Karin Roelcke
Nama Komersial:Maya Karin
Kacukan: Melayu-India-Cina (ibu) dan Jerman (bapa)
Tarikh Lahir: 29 Okt 1979
Zodiak:Scorpio
Tempat Lahir: Bayreuth, Jerman
Pendidikan:Institut Lim Kok Wing
Jurusan:bidang media dan pemasaran
Tinggi:168cm
Berat: 48kg
Hobi: Membaca,Bersukan
Minum Kegemaran:Milo Ais
Makanan Kegemaran:Nasi Campur and Japanese Food
Adik Beradik:Anak sulung dari tiga adik-beradik.Dibesarkan dan bersekolah di Indonesia. Membesar dalam lingkungan cara hidup Indonesia di Samarinda, Padang dan Bandung kerana mengikut ayah yang bertugas di Bank Dunia. Pada zaman remaja di Bandung, Maya menceburi bidang modelling dan menyanyi di pub (seawal umur 15 tahun). Maya tinggal selama lebih 13 tahun di Indonesia Kebanyakan anggota keluarga Maya menetap di Jerman dan menjadi pemuzik klasik di sana.

Filem

-Seri Dewi Malam
-No Problem
-Mr.Cinderella 2
-Pontianak Harum Sundal Malam 1
-Pontianak Harum Sundal Malam 2
-Waris Jari Hantu
-1957 Hati Malaya
-Anak Halal

TV

- Hos Wavelength by Wella [TV3]
- Ratu Sehari [Astro Ria]
- Channel V [saluran 72, Astro- segmen Smash Hit, The Juice dan Remote Control]
- Hos Beauty Secrets From The East [TV3]
-Anak Pontianak [tv3]

Album

-Erti Cinta
-Bukan Qalamaya


Model

-Pantene
-Wella
-Halle dan Yishion (bersama Hans Isaac).
-Loreal Paris
-Celcom
-Monsoon Cup 2007
-Tag Heuer


Anugerah

- Artis Baru Paling Popular
- Anugerah Bintang Popular 2001
- Pelakon Wanita Terbaik(Festival Filem Asia Pacifik,Fakuoko 2004)
- Pelakon Terbaik(Estepona Horror & Fantasy Film Festival Spain 2005)
- Pelakon Wanita Popular( ABPBH 2005)
-
Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5 (PHSM2)
-
Penghargaan Seniman Pelakon Wanita Terbaik 2006
- Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-6 (Anak Halal)