/>

Thursday, December 27, 2007

Maya Karin .VS. Fasha Sandha

puncanya?

SUDAH biasa kita dengar artis sesama artis berkecil hati, tersenget hati dan tersinggung perasaan. Terbaru, dibisikkan pada Kak Tim kisah dua pelakon diva yang `berperang’ dalam diam. Hubungan mereka ni kalau depan khalayak memang nampak biasa. Macam tak ada sebarang masalah.

Tapi sebenarnya jauh di lubuk hati masing-masing menyimpan secebis hasrat. Yang satu merasakan popularitinya tercabar dan yang satu lagipula terlebih aktif menonjolkan diri dalam mencari publisiti.

Kebetulan kedua-dua pelakon ni memang tengah hangat di pasaran.Mereka memang menjadi rebutan produser dan pengarah filem hari ini Maklum bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi berbakat pula membawaka
n apa pun watak. Baru-baru ini, kedua-dua pelakon itu digandingkan dalam satu projek filem[anak halal]. Seorang terpilih sebagai heroin[maya karin] dan yang pandai mencari publisiti itu diberi peranan sebagai pembantu heroin[fasha sandha].
Maka diceritakan pada Kak Tim kisahnya, pada satu majlis promosi filem itu, kedua-dua pelakon ini turut serta. Pada satu kejadian ketika wartawan dan jurugambar sedang asyik menemubual heroin filem itu, sipelakon pembantunya tiba-tiba tampil menyertai temu-bual itu.
Tentu sekali perbualan pada ketika itu akhirnya tertumpu kepada sipelakon pembantu kerana dia lebih bijak memberikan cerita menarik kepada para wartawan.

“Tahu apa jadi sudahnya?” tanya teman yang menyaksikan kejadian itu.

“Heroin filem itu perlahan-lahan melangkah meninggalkan tempat itu. Saya mengekorinya dan sempat melihat sinis senyumnya. Kemudian dia lontarkan pada saya soalan menyindir, `Siapa heroin filem ni sebenarnya?’

“Saya tahu hati dia terluka dengan perbuatan pelakon pembantunya.Tapi saya kagum melihat cara heroin filem ni menangani situasi yang melukakan hatinya itu,” kata teman.

Sebenarnya Kak Tim pun pernah menyaksikan cara si pelakon yang agresif itu mencari publisiti pada satu majlis di festiva
l filem. Ketika itu hadir seorang pelakon dengan berkerusi roda kerana uzur. Pada mulanya tidak seorang pun rakan artis menghampiri. Tapi saat pelakon itu dikerumuni wartawan dengan kerdipan cahaya kamera para jurufoto, si pelakon yang pandai menampilkan diri mencari publisiti ini tiba-tiba muncul bersalaman dengan pelakon yang sedang rancak ditemubual oleh para wartawan itu.

Kak Tim tak berani nak katakan apakah pelakon popular itu memang sengaja melakukan itu semua untuk mendapatkan publisiti, seperti yangdikatakan ramai teman Kak Tim?

Kalaulah ada niatnya begitu, pelakon ni harus tukar taktik. Banyak cara lain mendapatkan publisiti. Tak perlu mengganggu rakan artis lain. Memanglah publisiti itu perlu bagi orang seni. Tapi jangan sampaimelampaui batas untuk mencari publisiti.

KAK TIM: Rimas dengan pelakon yang mencari publisiti murahan.


source > www.utusan.com.my

dari maya -

Dalam meniti usia sedekad menjadi anak seni, dirinya juga tidak pernah terlepas dari kontroversi dan kritikan yang menjadikannya lebih kuat mengharungi dunia seni yang penuh cabaran ini.

Terbaru yang didengari, khabarnya, Maya Karin dan seorang lagi pelakon wanita yang membintangi filem Anak Halal, Fasha Sandha dikatakan tidak sebulu selepas berlakunya satu insiden tidak berapa lama dulu.

“Mana anda dengar cerita ini? Saya rasa saya tiada ada masalah dengan Fasha Sandha. Semua cerita itu tidak betul. Tiada. Malah, saya juga bersedia untuk mengikuti promosi filem Anak Halal dengan semua pelakon. Jadi, isu itu tidak timbul,” katanya tegas.


and the end...

SEKALIPUNZubir masih bercuti rehat lebih dua minggu lalu, perkembangan duniahiburan tetap menjadi santapan setiap hari apabila ruangan hiburanmenerusi akhbar dan tabloid menjadi perhatian. Selain cerita artispopular menunaikan fardu Haji, perihal Anugerah Skrin ke-9, Zubirtertarik mengenai paparan dua artis jelita yang sedang mengungguli tangga teratas carta popular, Fasha Sandha dan Maya Karin.

Kisahnya mereka didakwa mempunyai konflik dalam perhubungan sebagai rakan artis, kononnya tidak bertegur sapa lagi dan dikatakan perasaan iri hati memuncak, sekali pun kedua-duanya pernah berlakon bersama dalam filem Anak Halal.

Setiap kali ada sesi bertemu media, Maya pasti diajukan soalan sama ada dia mempunyai masalah bersama Fasha dan berkali-kalijuga Maya menerangkan antara dirinya dan Fasha, mereka bekerja secara profesional serta tidak pernah wujud persengketaan yang digembar-gemburkan oleh pihak media selama ini. Namun, media seperti tidak pernah jemu melaga-lagakan dua bintang pujaan ramai ini.
Terbaru, Zubir masih terbaca kisah Maya dan Fasha yang dikatakan terus berdepan konflik sekalipun penafian demi penafian dibuat kedua-duanya, sehingga mereka didakwa terjerumus kelembah hipokrit semata-mata untuk menutup pekung daripada dihidu pihakmedia. Nampaknya, ramai yang suka melihat Maya dan Fasha bergaduh,media pula macam bertepuk tangan!

Baru-baru ini, Maya menemani Zubir ke gimnasium dan kami berpeluang berbual mengenai konflik yang digembar-gembur belum berakhir ini.

“Sebenarnya saya sudah letih bercakap mengenai hal ini.Berkali-kali saya terangkan, antara saya dan Fasha, kami tidak pernah berdepan sebarang masalah. Tapi, nampaknya isu ini terus mendapat perhatian media. Bagi saya, pihak media berhak menulis apa saja komen mereka, saya terima dengan hati terbuka.

“Tapi, saya harap isu ini tidak berpanjangan lagi.Terus-terang saya katakan, saya senang bekerja dengan Fasha. Anak Halal gandingan pertama kami. Selama ini hubungan kami, maksud saya sesama rakan artis berjalan baik. Tidaklah berkawan rapat, tapi apabila bertemu, bekerja, apa yang didakwa itu tidak pernah berlaku. Sekiranya kami digandingkan lagi dalam filem akan datang, pasti saya tidak menolak,” kata Maya.


Sementara itu, kesempatan makan malam bersama Fasha baru-baru ini, Zubir berjaya mendapatkan penjelasannya.

“Saya setuju apa yang Maya cakap, terserahlah kepada pihak media untuk menulis apa saja. Tapi, apa yang boleh saya katakan, apadipaparkan itu tidak benar. Terpulanglah apa saja spekulasi mereka nak tulis. Saya dan Maya bagaikan satu keluarga, kami di bawah bumbung yangsama, L’oreal Malaysia. Saya sendiri tidak pernah menganggap saya bersaing dengan Maya kerana dia senior, manakala saya masih baru.

“Saya sangat menyanjung bakat lakonan Maya. Saya sentiasaberharap dapat bekerja dengan Maya. Apabila Anak Halal menyatukan kami,ia satu pengalaman yang sangat indah. Saya gembira filem itu mendapat sokongan dan pujian. Janganlah menulis perkara yang tak betul mengenai kami. Saya harap tidak ada lagi spekulasi negatif selepas ini,” kataFasha pula.
Pandangan Zubir secara peribadi, apa yang digembar-gemburkan mediamengenai Fasha dan Maya hanya rekaan semata-mata. Janganlah sewenang-wenang mendakwa orang lain hipokrit kerana selagi bergelar manusia, kita tidak terlepas dengan virus hipokrit ini!


source > bintang popular

ha..takder apa2 kan? biasa lah tu..dah nak dekat ABP..semua stok nak naikkan nama jerr....hehe

0 shout!: