MELIHAT raut wajah jelita penyanyi, pelakon dan model Maya Karin Roelcke mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka yang sedang bertakhta dihatinya.
Jika sebelum ini beliau pernah menegaskan sedang berkawan dengan seorang lelaki berbangsa Eropah semasa ditemubual hos Mizal Zaini atau AC Mizal dalam program bicarawara "AC Di Sini" yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen berbayar, Astro pada Ogos tahun lalu.
Sambil tersenyum, pelakon yang bakal muncul dengan filem terbarunya Anak Halal disamping pelakon kacak Farid Kamil dan wanita cantik Fasha Sandha sebagai watak utama mengaku dirinya sedang dilamun cinta dengan jejaka dari Eropah."Dia orang biasa, bukan orang Melayu tetapi Mat Salleh dari Eropah. Dia agak berumur juga dan kami kenal di sini.
"Saya tak target pun nak kahwin sebab tak percaya pada target. Apabila sampai masanya saya akan kahwin juga.
"Saya belum bersedia untuk berkahwin lagi. Ia mengambil masa juga untuk bersedia. Saya tak tertekan pun pasal kahwin ni," kata Maya yang mengimpikan majlis perkahwinan serba ringkas dan membuatkan semua orang seronok dalam majlis tersebut.
Tidak mahu bercerita lebih lanjut, Maya hanya mampu tersenyum dan tertawa apabila diajukan soalan bertubi-tubi mengenai buah hatinya dalam majlis pelancaran butik jam tangan Tag Heuer seiring dengan perlantikan Maya selaku duta jam tangan tersebut di Pavilion, Kuala Lumpur.
source > www.mstar.com.my

/>
Tag Heuer

0 shout!:
Post a Comment