/>

Thursday, December 27, 2007

Duta Tag Heuer




Maya Karin duta baru TAG Heuer


KUALA LUMPUR, 30 NOV 2007: Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Maya Karin Roelcke kini melangkah setapak lagi ke hadapan apabila terpilih menjadi duta jenama jam mewah, TAG Heuer.


Pengumuman ini dibuat pada majlis pelancaran butik terbaru TAG Heuer Malaysia di gedung beli-belah eksklusif, Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.


"Ia adalah satu tanggungjawab yang berat buat diri saya. Saya amat berbangga kerana diberi kepercayaan ini. TAG Heuer bukan satu nama calang-calang kerana pernah dikaitkan dengan nama-nama selebriti antarabangsa," kata Maya kepada murai.com.my.


Pengumuman bersejarah itu dibuat oleh President dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TAG Heuer, Jean-Christophe Babin, dengan disaksikan ramai pihakmedia tempatan.


Apa yang jelas, pemilihan pelakon kacukan Melayu-Jerman sebagai duta dan jurucakap baru TAG Heuer menaikkan lagi sahamnya dalam dunia perfileman serta pengiklanan. Sebelum ini Maya juga pernah melariskan iklan produk seperti Pantene, Celcom, L'Oreal.

source > www.murai.com.my


Maya Karin bangga duta Tag Huer


KEJELITAAN dan kebijaksanaan yang dimiliki Maya Karin bersesuaian dengan pemilihannya sebagai duta TAG Heer.
PEMILIHANNYA sebagai duta terbaru jenama jam mewah, TAG Heuer sememangnya cukup tepat. Berbekalkan kejelitaan dan kebijaksanaan yang dimilikinya, rasanya, tiada siapa yang mampu untuk menafikan keputusan itu.

Maya Karin Roelcke atau Maya Karin mengakui dia cukup berbangga apabila dipilih menjadi duta jenama mewah itu apatah lagi kini dirinya sebaris dengan duta jam tersebut, antaranya Brad Pitt, Uma Thurman, Tiger Woods, Shah Rukh Khan, Maria Sharapova, Lewis Hamilton dan Zhang Ziyi.

“Apabila mereka menghubungi saya untuk memberitahu saya terpilih untuk menjadi duta mereka, saya tergamam dan hampir tidak percaya.

“Mana tidaknya, jenama TAG Heuer sudah menjadi idaman saya sejak kecil lagi. Malah, selalu saya mengimpikan seutas jam tangan tersebut terletak di tangan saya.

“Lagipun, saya memang tidak suka memakai jam tangan yang mempunyai muka yang kecil kerana tidak sesuai dengan jiwa saya. Dek kerana itu, saya suka memakai rekaan yang sporty kerana rekaannya yang begitu sesuai dan serasi dengan saya yang lasak dan bersedia menyahut cabaran.

“Apabila sudah bergelar pelakon pun, saya tidak berkesempatan untuk memilikinya. Namun kini, semua mimpi saya menjadi kenyataan dan saya bersyukur dengan rezeki ini. Bukan itu sahaja, saya juga berbangga kerana menjadi artis Melayu pertama menjadi duta TAG Heuer,” jelasnya sewaktu ditemui pada satu temuramah khas di Hotel Westin, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Katanya, pihak TAG Heuer telah menghadiahkannya enam utas jam tangan termasuk dua model terbaru iaitu Formula One Glamour yang turut dipakai oleh pemain tenis wanita terkenal, Maria Sharapova dan Grand Carerra.

Menjadi duta TAG Heuer selama setahun bermula 1 November lalu, sudah pasti bayaran yang diterima si jelita ini juga secantik jenamanya. Dengan tersenyum manja, Maya memberitahu: “Biarlah ia menjadi rahsia saya.”

Pemilihan Maya Karin itu juga menjadikannya sebagai artis Malaysia ketiga selepas Alex Yoong dan Asha Gill dipilih menjadi duta jenama itu.

Bercerita tentang rancangannya bersama TAG Heuer, wanita berusia 28 tahun ini memberitahu, jika segalanya berjalan dengan lancar, berkemungkinan besar dia akan ke Perancis tahun hadapan menghadiri satu acara yang melibatkan sukan perlumbaan motor.

source > www.utusan.com.my


0 shout!: